BANGKOK: Parti Bhumjaithai mengumumkan untuk menyertai Parti Pheu Thai dalam usaha bagi menamatkan kebuntuan politik dan membentuk kerajaan baharu Thailand, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei.
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, berkata parti itu menerima pelawaan Pheu Thai dengan tiga syarat - gabungan baharu itu tidak akan meminda Artikel 112 atau undang-undang lese-majeste, mereka tidak akan membentuk kerajaan minoriti dan mengecualikan Parti Move Forward (MFP) daripada gabungan baharu.
"Parti Bhumjaithai dan Pheu Thai akan mendapatkan sokongan daripada parti politik dan Senator lain untuk membentuk kerajaan majoriti," kata Anutin pada sidang media bersama di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan yang sama, pemimpin Parti Pheu Thai Cholnan Srikaew berkata kedua-dua parti akan berusaha untuk membentuk kerajaan dengan sokongan parti politik lain.
Pheu Thai memenangi 141 kerusi dalam PRU, menjadikannya pemenang kedua terbesar selepas MFP yang memperoleh 151 kerusi, manakala Bhumjaithai meraih 71 kerusi.
Secara keseluruhan, Pheu Thai dan Bhumjaithai mempunyai sejumlah 212 kerusi.
"Ini akan menjadi asas untuk pembentukan kerajaan baharu. Gabungan ini sedang mendapatkan sokongan Ahli Parlimen, Senator dan parti politik lain untuk membentuk kerajaan yang dapat mengurus negara dengan berkesan dan menangani masalah rakyat," kata Cholnan.
Cholnan menggesa parti-parti politik untuk menyokong calon Perdana Menteri Pheu Thai - pengurus hartanah Srettha Thavisin dan mengulangi sekali lagi bahawa MFP tidak akan dimasukkan dalam gabungan baharu itu.
Sementara itu, sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di luar ibu pejabat Pheu Thai untuk menyuarakan kemarahan susulan pengumuman gabungan baharu itu.
Bhumjaithai adalah penyokong tegar dalam membenarkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan di Thailand.
Selepas PRU, MFP dan Pheu Thai membentuk gabungan dengan enam parti lain, secara kolektifnya mengumpul 312 kerusi daripada 500 kerusi Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, semasa pengundian di Parlimen pada 13 Julai, pemimpin MFP Pita Limjaroenrat gagal memperoleh sokongan mencukupi untuk dipilih sebagai perdana menteri baharu.
Enam hari kemudian, pengundian pusingan kedua membenamkan usaha Pita untuk menjadi perdana menteri. Berikutan itu, Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab untuk memimpin gabungan berkenaan.
Bagaimanapun, gabungan itu ranap pada 2 Ogos selepas Pheu Thai mengumumkan gabungan baharu tanpa MFP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul (kiri) dan pemimpin Parti Pheu Thai, Cholnan Srikaew, seeaktu sidang media pengumuman gabungan politik baharu di Bangkok, pada Isnin. - AP
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Harapan baharu rakyat Selatan Thailand, permudah proses damai
Wujud harapan baharu dalam proses dialog damai Selatan Thailand selepas kejayaan Perdana Menteri Srettha Thavisin membentuk kerajaan.
Thailand: Pheu Thai umum gabungan baharu termasuk parti pro-tentera bentuk kerajaan
Pakatan itu akan menyokong usahawan hartanah Srettha Thavisin dari Pheu Thai untuk menjadi perdana menteri seterusnya dalam undian parlimen pada Selasa.
Thailand: Parti Move Forward tidak sokong calon PM Pheu Thai
Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat hari ini.
Pheu Thai usaha tamatkan kebuntuan politik menerusi pakatan baharu
Parti Pheu Thai dan Bhumjaithai masing-masing memenangi 141 dan 71 kerusi, pada PRU 14 Mei.
Thailand: Parti Bhumjaithai umum sertai Pheu Thai bentuk gabungan baharu
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, berkata parti itu menerima pelawaan Pheu Thai dengan tiga syarat.
Thailand: Parti Pheu Thai akan bentuk pakatan baharu tanpa MFP
Parti Pheu Thai akan mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai calon perdana menteri.
Pejabat Ombudsman Thailand hantar petisyen ke Mahkamah Perlembagaan tangguh undian PM baharu
Pejabat itu menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu.
Thailand: Tumpuan kini terarah pada parti Pheu Thai menjelang pemilihan PM baharu Khamis depan
Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab berkenaan selepas Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward gagal mendapat sokongan mencukupi.
Parlimen Thailand adakan undian untuk pilih perdana menteri baharu
Parlimen Thailand mengadakan sidang bersama pada Khamis untuk mengundi perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Rakyat Thailand mula mengundi awal pada Ahad
Hari ini, lebih 2 juta daripada 52 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal.